IPOH: Perak FC memberi laungan awal bakal bangkit menjadi antara pasukan yang digeruni musim ini selepas mudah menjinakkan Geylang International FC dari Singapura 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa pramusim di Stadium Perak, malam tadi.
Meskipun terlalu awal untuk menilai pasukan 'baharu' kendalian Yusri Che Lah itu, namun keputusan malam tadi nyata pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Yusri pada sidang media selepas tamat perlawanan malam tadi berkata walaupun pasukannya mencatat kemenangan, namun ia bukan penanda aras pasukan yang dibentuk berada pada tahap terbaik dan masih terdapat kelemahan serta ruang yang perlu diperbaiki.
“Objektif utama untuk menguji pemain beraksi di tahap yang lebih tinggi dan lebih mencabar khususnya pemain tempatan dan import baharu. Mungkin kita akan rombak lagi kerana masih berbaki tiga lagi perlawanan persahabatan pramusim. Apa yang saya ingin lihat kombinasi serta keserasian antara pemain baharu,” katanya.
Beliau pada masa sama turut memuji persembahan anak buahnya dalam persiapan pasukannya menghadapi saingan liga yang dijadualkan pada 10 hingga 12 Mei depan.
Skuad The Bos Gaurus yang berada di kedudukan 11 selepas tamat saingan Liga Super 2023 dengan mengutip 22 mata dilihat lebih 'bernafsu' musim ini apabila menjadi antara pasukan yang paling rancak membawa masuk ramai pemain baharu bagi mengisi kelompongan dalam pasukan.
Pasukan yang popular dengan jolokan Kejor Yeop Kejor itu setakat ini berjaya mengikat sembilan pemain baharu termasuk tiga pemain import dan dikhabarkan hanya menunggu seorang lagi pemain import untuk melengkapkan pasukan.
Dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi tuan rumah berjaya memecahkan benteng pelawat seawal minit ketujuh menerusi pemain tunggal skuad Piala Malaysia 2018, Firdaus Saiyadi disusuli gol kedua Perak FC oleh Muhammad Harith Akif pada minit ke-33 menerusi sepakan penalti.
Keputusan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama dan bersambung babak kedua, Perak terus menekan Geylang dan hasilnya pemain import mereka Adilet Kanyabekov merembat deras untuk jaringan ketiga pada minit ke-66 sebelum pengadil perlawanan Mohammad Faizal Talib meniupkan wisel penamat.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Geylang Mohd Noor Ali menyifatkan pasukan tuan rumah lebih berkualiti terutamanya dalam melancarkan serangan bertali arus ke kubu Geylang.
“Mereka mempamerkan perlawanan yang berintensiti tinggi atau tempo permainan pantas, sama sahaja sama ada masa pertama ataupun masa kedua perlawanan, ia bagus untuk kami dapat perlawanan seperti ini.
“Saya berpuas hati dengan persembahan anak buah saya malam ini walaupun kita tidak bermain dengan dua import kita namun secara keseluruhan kita akan perbaiki persembahan kita seterusnya,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Muhammad Harith Akif meraikan jaringan gol penalti ketika separuh masa pertama pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa pramusim antara Perak FC dan Geylang International FC di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia faham situasi terkini di Gaza
Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan memandangkan negara itu merupakan orang penting dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
Penunjuk perasaan pro-Palestin dan polis Florida bertempur
Penunjuk perasaan pro-Palestin bertempur dengan polis di Orlando, Florida, pada Sabtu.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Letupan dahsyat, asap hitam penuhi utara Gaza
Tentera Israel menyeru penduduk Palestin yang berlindung di kawasan Jabalia di utara Gaza untuk mengosongkan kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat kononnya Hamas cuba memulihkan semula kawalannya di kawasan itu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Misi serampang dua mata skuad ragbi 7S di Singapura
Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) negara memasang impian besar untuk 'menggempur' dua misi penting pada Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Asia U-23 2024: Skuad Harimau Muda tewas kepada Qatar dalam perlawanan persahabatan
Pasukan bola sepak negara bawah-23 terus dirundung malang dengan kekalahan tipis 0-1 kepada pasukan Qatar dalam perlawanan persahabatan.
Dumitru, Morales pamer bisa awal bersama JDT
Dumitru dan Morales menemui sentuhan penyudah buat JDT ketika membantu kemenangan dalam satu perlawanan persahabatan malam tadi.
Harry Kane bakal kembali ke Tottenham untuk pra-musim
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, akan kembali ke Stadium Tottenham Hotspur untuk menentang bekas kelabnya itu pada Ogos depan.
Ronaldo mengamuk selepas tewas kepada Slovenia
Juara Euro 2016 itu tewas 0-2 kepada Slovenia pada Rabu, sekali gus menjadikan kekalahan pertama di bawah bimbingan Roberto Martinez.
Vinicius Junior menangis jawab isu penderaan perkauman
Penyerang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior, menangis dalam sidang media selepas ditanya mengenai isu perkauman yang melibatkan dirinya.
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Pada Sabtu, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Pramusim: Perak FC benam Geylang di Ipoh
Meskipun terlalu awal untuk menilai, namun keputusan malam tadi pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.